Pada
penghujung tahun 2012 yang lalu, penulis bersama rakan kongsi telah menjalankan
Projek Penanaman Tembikai Wangi. Untuk permulaan, projek ini telah dilaksanakan
di atas sebidang tanah seluas 1 ekar. Kerja-kerja pembersihan kawasan,
penggemburan,rawatan tanah dan saliran perlu dibuat terlebih dahulu
memandangkan spesis tanaman tembikai yang bakal ditanam adalah daripada jenis
yang agak sensitif terhadap serangan penyakit, serangga dan keadaan cuaca.
Varian
tembikai wangi yang kami tanam adalah dari jenis Signal yang mempunyai kadar
kemanisan yang tinggi serta mempunyai kulit yang berwarna kuning cerah.
Penetapan jenis tembikai dibuat setelah kami mendapatkan khidmat perundingan
daripada pihak FAMA dan juga hasil kajiselidik kami sendiri berdasarkan kepada
kehendak pasaran semasa. Biji benih tembikai berkualiti tinggi yang semestinya
daripada jenis hybrid diimport dari Jepun kami perolehi daripada pembekal biji
benih berdaftar iaitu Ninetop Trading Co. Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment