Friday, January 9, 2009

Projek Tanaman Jagung Manis Taiwan Hybrid F1357






Projek ini telah dimulakan pada bulan September 2008 oleh penulis bersama 2 orang rakan kongsi iaitu Sdr. Zuanda Hambali dan Sdr. Mohd Khairulzaki Hairuddin. Lokasi penanaman jagung hybrid ini terletak kira-kira 2 km dari Bandar Tanjung Karang iaitu di Jalan Sri Tiram Jaya, Kg. Sg. Tengi Kanan, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor. Jumlah keluasan kawasan penanaman jagung lebih kurang 2 ekar.

Oleh kerana kawasan tapak penanaman yang dicadangkan adalah tergolong dari jenis tanah liat yang asalnya merupakan kebun kelapa maka projek ini telah dimulakan dengan kerja-kerja merawat tanah iaitu dengan menabur sejenis baja organik "Ton Mai" yang diimport dari Thailand. Tujuan rawatan ini adalah untuk meneutralkan tanah sedia ada yang mempunyai kadar PH yang agak tinggi. Selain itu, baja berkenaan juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah mikro organisma yang terdapat di dalam tanah berkenaan.









Kira-kira sebulan selepas baja berkenaan ditabur, kami telah memulakan kerja-kerja menanam biji benih jagung dengan menggunakan khidmat 4 orang pekerja sambilan bagi mempercepatkan proses penanaman jagung ini. Kerja-kerja penanaman jagung berkenaan mengambil masa selama sehari untuk disiapkan.





Pemantauan secara harian telah kami jalankan sebaik biji benih jagung mengeluarkan tunas agar tiada serangan unggas, ulat atau serangga perosak bagi memastikan pokok jagung ini sihat dan mengeluarkan hasil yang diharapkan. Pembajaan urea mula dilaksanakan seawal hari ke-15 jagung ini ditanam. Ini bagi memastikan anak-anak pokok jagung mendapat nutrien yang mencukupi untuk membesar secara sihat.





Sepanjang tempoh penanaman jagung hybrid ini, penulis bersama rakan kongsi telah menjalankan kerja-kerja penyemburan racun serangga perosak setiap minggu. Penyeburan racun berkenaan disertai dengan campuran baja siraman dari jenis TruGreen. Baja urea telah ditabur kali kedua apabila umur pokok jagung mencecah 30 hari bagi mengekalkan kesuburan pokok tersebut. Manakala baja NPK 15-15-15 yang berfungsi untuk meningkatkan hasil tanaman jagung telah ditabur tatkala pokok jagung mula berbunga.




Pengeluaran bunga jagung pastinya menarik perhatian serangga untuk datang dan membuat sarang di celah-celah daun dan buah jagung. Keadaan ini perlu dikawal dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan serangan serangga dan ulat menjadi lebih serius. Berdasarkan pengalaman kami, serangan serangga akan bermula dari bahagian bunga jagung kemudiannya turun ke batang pokok jagung dan seterusnya menyelinap masuk ke bahagian jambul tongkol jagung. Serangan serangga dianggap serius sekiranya unggas berkenaan mula membuat sarang pada tongkol jagung.










5 comments:

  1. As salam..saya ingin membuat kajian mengenai tanaman jagung manis untuk tugasan kami.saya ingin dapatkan maklumat terperinci mengenai tanaman jagung.Boleh en. tinggalkan email atau nombor telefon untuk saya hubungi nanti.Kerjasama en. amat saya hargai..TERIMA KASIH...:)

    ReplyDelete
  2. Salam, saya ingin mendapatkan tongkol jagung sahaja bagi projek tahun akhir. bolehkah saya mendapatkan secara terus atau perlu dibeli di kawasan lain?

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan, saya ingin datang ke ladang tuan. Boleh bagi contact untuk saya menghubungi tuan. Ini emel saya muezz92@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam..saya ingin membuat kajian mengenai tanaman jagung manis untuk tugasan kami...macam mana kami nak hubungi tuan untuk buat lawatan ladang tuan?

    ReplyDelete
  5. Salam than, blh blh sy melawat ladang tuan utk tujuan pendidikan

    ReplyDelete